cinta itu bukan permainan
Wednesday, 8 August 2012 | 12:23 | 0 Komen anda :)
ASSALAMUALAIKUM readersss.. HAHA . tak tahu aq dpt mana idea nieyh harap leyh kongsi ngan korang ya . THANKS sudi baca
Bila bercinta pasti akan wujud banyak ayat pujangga.Antaranya seperti "cinta itu buta","cinta itu anugerah Allah","cinta itu ibarat coklat" dan macam-macam lagi.Tapi apa yang aku nak tekankan hari ni adalah satu ayat yang paling menarik bagi pasangan bercinta.Ayatnya adalah "cinta memerlukan pengorbanan".Rasanya bukan setakat depa yang bercinta je yang tau.Budak-budak pun tau kot.Ye la.Budak kecik zaman sekarang pun dah pandai nak bercinta walaupun tinggi pun tak cukup.HAHA.
Ayat "cinta memerlukan pengorbanan" memang senang kalau nak sebut.Tapi bila nak realisasikan tu memang memerlukan pengorbanan.Betul tak?Bukan senang kita nak berkorban.Hanya depa yang ada cinta sejati je yang boleh realisasikan ayat ni.Pengorbanan bukan senang kan?Sama juga seperti mereka yang sanggup berkorban untuk agama.Payah nak cari sekarang sebab iman manusia sekarang ni memang tak kuat kalau nak dibandingkan dengan zaman Rasulullah dan para anbia' dulu.Jauh sangat.Ada yang baru lepas kahwin pun sanggup berjihad.Kalau korang sanggup tak agak-agak?aku?Jangan tanya!.Hari ni aku nak kongsi sedikit tentang penorbanan cinta dengan semua.Aku nak jadi doktor cinta sat.Pada mereka yang bercinta mesti baca.Buat renungan bersama.Cuba tanya diri kita.Kita paham betul-betul tak ayat,"cinta memerlukan pengorbanan"?Apa yang dikatakan pengorbanan dalam becinta ni?Baiklah.Dalam bercinta,ada dua jenis pengorbanan sebenarnya.Yang pertama,pengorbanan untuk cinta dan yang kedua adalah pengorbanan cinta.Ada beza tak?
Apa itu pengorbanan cinta?Pengorbanan cinta ni bermaksud kita berkorban sesuatu seperti masa dan harta untuk cinta.Manakala korban cinta bermaksud kita mengorbankan cinta kita untuk sesuatu yang lebih baik.Kali ni aku just nak kongsi tentang pengorbanan cinta kerana ianya lebih penting.Aku sebenarnya sedih apabila ada perempuan yang sanggup menggadaikan agamanya demi lelaki yang bukan muslim.Ye la,orang kata cinta ni tak kenal rupa,so tak mustahil cinta juga tak mengenal agama kan?Jadi kat sini aku nak tekankan yang kita perlu korban kan cinta kita untuk masa depan.Cari pasangan yang ada ilmu agama.Bukan sebab rupa atau harta kerana ianya hanya bersifat sementara.Ilmu agama inilah yang akan menjamin kebahagiaan kita.Tak nak ke anak-anak yang soleh dan solehah?Kelak kita yang akan senang.
p/s : tak tahu idea mane dtg . maap ada jugak curi idea orannggg
Labels: Hijazi Noordin